Sarawak, 20 Nov 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Lt Kol Dunging Anak Serit melakukan Lawatan Siasatan Kebajikan ke atas veteran ATM, Bujang anak Dagok Ex Kor RRD. Setelah menerima laporan daripada rakan veteran tersebut, Pegawai JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak telah melawat dan mendapati beliau telah mengidap penyakit kanser darah. Keadaan semasa pergerakan veteran agak terbatas dan hanya mampu terbaring sahaja.

Lanjutan dari siasatan ini, doktor telah mengesyorkan agar bantuan peralatan pesakit seperti berikut bagi kegunaan veteran:

- Riple Matress Buble.

JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak seterusnya telah membantu untuk  veteran ini menerima peralatan tersebut bagi meringankan beban yang ditanggung. Dikesempatan ini juga, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak telah memberikan taklimat berhubung fungsi dan peranan JHEV  ATM kepada veteran di sekitar kawasan Tebedu, Serian .

LampiranSaiz
1.jpg86.58 KB
2.jpg79.08 KB
3.jpg70.07 KB
4.jpg69.08 KB