Sungai Petani, 20 Jun 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Mej Mohd Rozali bin Abdul Rahman TUDM telah melakukan lawatan kebajikan dan penyerahan peralatan pesakit ke atas beberapa orang veteran seperti berikut;

Lawatan Kebajikan

  1. Lawatan kebajikan ke atas Lt Kol (b) Amer bin Abd Hamid TUDM (370610) di wad Kenanga 4A, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Veteran mengalami masalah bengkak pada hati.
  1. Lawatan kebajikan ke atas veteran Azmi bin Ismail (1026589) di Wad Kenanga 4A, Hospital Sutanah Bahiyah, Alor Setar. Veteran mengalami masalah kanser hidung.
  1. Lawatan kebajikan ke atas Mej (b) Rashidi bin Mansor TUDM (372998) di alamat No 133, Jalan BPJ 3/3A, Sek 3, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah. Veteran mengalami lumpuh sepenuh badan dan memerlukan peralatan pesakit berupa katil hospital memandangkan katil yang sedia ada (diperolehi semasa dalam perkhidmatan) telah rosak. Borang permohonan peralatan pesakit telah diserahkan kepada isteri veteran dan penerangan berkaitan skim-skim kebajikan yang diberikan oleh JHEV ATM juga telah diterangkan kepada isteri beliau.
  1. Lawatan kebajikan ke atas veteran Che Roos bin Che Man (25487) di alamat No 541, Jalan Baiduri Satu, Taman Delima, Sg Petani, Kedah. Veteran mengalami sakit Parkinson dan borang permohonan peralatan pesakit serta penerangan berkaitan skim-skim kebajikan JHEV ATM telah dimaklumkan kepada isteri beliau.

Penyerahan Peralatan Pesakit

1.         (14545) Tunku Adil bin Tunku Ahmad Tajuddin (Stroke) yang berada di tingkat 7, Wad Diraja,  Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Beliau telah menerima peralatan pesakit berupa kerusi roda bagi memudahkan pergerakan seharian.

2.         Penyerahan kerusi roda kepada Puan Shalehah binti Mustafa (lumpuh) isteri kepada Veteran (5435712) Ibrahim bin Jaafar yang menetap di Sungai Petani,Kedah.

3.         Penyerahan kerusi roda kepada veteran Azman bin Nordin (831763) yang lumpuh di Pantai Johor, Alor Setar.

3.         Penyerahan kerusi roda kepada veteran Zaidon bin Mansor (sakit saraf dan kencing manis) di alamat Kg Alor Tok, Mukim Putat, Jitra, Kedah.

LampiranSaiz
01.jpg156.11 KB
02.jpg114.84 KB
03.jpg117.48 KB
04.jpg130.24 KB
05.jpg118.98 KB
06.jpg105.2 KB
07.jpg129.67 KB
08.jpg115.03 KB
09.jpg148.18 KB