JASIN, 21 MAC 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Mej Norasbi bin Said membuat lawatan kebajikan dan penyerahan katil pesakit kepada Veteran ATM 807702 Encik Mohd Hata bin Abu di kediamannya di Jasin Height, Melaka.

Beliau telah mengalami kemalangan jalan raya pada Ogos 2018 yang mengakibatkan beliau kini terlantar sakit di rumah. Cawangan ini telah membantu beliau untuk mendapatkan peralatan katil pesakit melalui Skim Bantuan Peralatan Pesakit JHEV ATM bagi memberikan keselesaan kepada beliau.

Turut hadir adalah wakil ADUN Ayer Keroh Dato' Noor Anilah binti Shahidin dan wakil daripada pembekal farmasi Pharmacare, Puan Nor Hidayah binti Mohd Tahir.

LampiranSaiz
02.jpg130.54 KB
03.jpg119.5 KB