Pahang, 6 Jun 2018 - Penyerahan Voucher BBN dan peralatan pesakit kepada veteran ATM di sekitar Kuala Lipis, Benta dan Cameron Highland oleh Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapt Ahmad Rosnizam bin Mat Stu seperti berikut;

1. Mat Isa A/L Bah Chufek ( T135859) Tanah Rata,Cameron Highlands.

2. Ismail Bin Gelok ( T1042103) Kampung Sarang,Betau, Kuala Lipis.

3. Razalli Bin Yahya ( T1016061) Kampung Tualang Padang,Benta.

Turut disampaikan juga bantuan Peralatan Pesakit berupa kerusi roda, manakala katil akan dihantar berasingan dalam masa terdekat oleh pembekal kepada veteran ATM Encik Che Fauzi Bin Mahmood ( T 155392) yang menetap di Felda Sg Koyan 2 Kuala Lipis (bukan warga felda).

Veteran mengalami masalah saraf akibat prostat dan lumpuh separuh pinggang ke bawah yang mengakibatkan tidak boleh berjalan.

Pihak JHEV ATM akan membantu dalam menghulurkan bantuan yang selayaknya diperoleh oleh beliau bagi meringankan beban yang ditanggung dan semoga beliau tabah menghadapi dugaan.

#kebajikan
#kesejahteraanveteranATMkeutamaankami