Perjumpaan Pengarah JHEV ATM Negeri Sarawak Bersama Pemimpin Persatuan Veteran ATM Negeri Sarawak

Kuching, 10 Julai 2019 - Satu sesi perjumpaan telah diadakan diantara Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sarawak, Mej Pahot ak Joll dengan pemimpin persatuan veteran ATM Negeri Sarawak di bilik gerakan JHEV ATM Negeri Sarawak.

Perjumpaan bermula pada jam 0930 yang mana dihadiri seramai 33 orang veteran dari pelbagai persatuan veteran. Perjumpaan julung kali yang diadakan ini bagi membincangkan segala permasaalahan yang dihadapi veteran serta mencari jalan terbaik dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Selain itu juga, perjumpaan juga diadakan sebagai sesi suai kenal antara Pengarah JHEV Negeri Sarawak dengan pemimpin persatuan bagi merapatkan hubungan silaturahim diantara Pihak JHEV ATM Negeri Sarawak dengan Persatuan Veteran ATM di Negeri Sarawak. Perjumpaan telah ditangguhkan pada jam 1215.

LampiranSaiz
01.jpg113.66 KB
02.jpg110.35 KB
03.jpg133.11 KB
04.jpg101.79 KB
05.jpg124.27 KB
06.jpg133.41 KB