Ipoh, 24 September 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Perak, Mej Hasanuddin Bin Othman turut hadir ke Persidangan Perwakilan Tahunan Persatuan Veteran ATM (PVATM) Negeri Perak kali ke 31 bertempat di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng, Perak.

Perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Hasnul Zulkarnain Bin Abd Munaim, EXCO Komunikasi Mutimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan mewakili YAB Menteri Besar Perak. Turut hadir Pengerusi PVATM, Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor.

Majlis penyampaian anugerah Pingat Setia Sentiasa Berjuang (PSSB) turut disampaikan kepada 11 orang veteran ATM dan Sijil Penghargaan kepada AJKN PVATM Negeri Perak sesi 2015-2018.

 

LampiranSaiz
2.jpg68.27 KB
3.jpg84.07 KB
4.jpg67.53 KB
5.jpg49.96 KB
6.jpg60.9 KB
7.jpg62.78 KB