Kuala Lumpur, 27 Nov 2018 - YBhg. Mej Jen Dato' Dzulkarnain bin AHmad, Ketua Pengarah JHEV ATM telah mengadakan Sesi Dialog bersama Wakil Persatuan Veteran ATM yang telah diadakan di Vivatel Hotel.

Program diadakan bertujuan untuk mendapatkan input daripada veteran ATM mengenai permasalahan yang timbul dalam menjaga kebajikan persatuan dan ahli dalam persatuan, memberi penerangan kepada semua persatuan veteran ATM berkaitan hala tuju persatuan dalam menjaga kebajikan ahli dalam persatuan, membentuk jaringan kerjasama strategik antara persatuan dan jabatan serta melahirkan Persatuan Veteran yang dinamik. Seramai 71 wakil daripada pelbagai persatuan telah hadir ke program ini.

LampiranSaiz
img_6553.jpg6.77 MB