JHEV ATM Cawangan Kedah, Perlis dan P.Pinang telah hadir  dalam Program Goyong-Royong Amal pada 3 Mac 2019 bersama-sama gabungan beberapa persatuan ATM di rumah veteran ATM iaitu Encik Kamaruddin bin Mat (712327)-ex HANDAU di alamat No. 256, Lorong 9D, Taman Permai, Sungai Petani Kedah. Seramai 80 veteran yang mewakili beberapa persatuan veteran ATM termasuk penduduk taman hadir dalam program ini.

Encik Kamaruddin berumur 62 tahun dan telah menamatkan perkhidmatan pada tahun 2004 setelah berkhidmat selama 23 tahun dalam ATM. Mempunyai 5 orang anak dimana 4 anak masih tinggal bersama, seorang anak masih belajar dan tinggal di asrama sekolah serta seorang anak pemegang kad OKU. Veteran mengalami penyakit kencing manis serta penglihatan kabur yang menyebabkan beliau sukar untuk berjalan dan perlu dipimpin. Keadaan kesihatan beliau menyebabkan keadaan rumah terutama dalam rumah tidak terurus terutama sejak kematian isteri beliau 2 tahun yang lalu.

Program gotong-royong amal ini merangkumi pembersihan kawasan dalam dan luar rumah, mengecat semula dalam dan luar rumah serta memasang tikar getah. Program bermula jam 0830 dan berakhir jam 1700. Adalah diharap veteran dan keluarga dapat menikmati persekitaran rumah yang bersih selepas program rotong royong ini dilaksanakan.

LampiranSaiz
02.jpg170.97 KB
03.jpg150.96 KB
04.jpg150.87 KB
05.jpg178.78 KB