Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM turut menghadiri Program JEJAK PAHLAWAN di Dewan PVATM Sg. Koyan, Felda Sg Koyan 3, Pahang pada 16hb Dis 2017.
Program telah dirasmikan oleh YB Senator Laksamana Tan Sri Dato' Setia Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor (Bersara), Presiden Persatuan Veteran ATM

Turut mengiringi Presiden PVATM bagi menyerahkan peralatan sokongan pesakit serta melawat Veteran ATM yang terlantar sakit seperti berikut:

1. Veteran Daud bin Abdul Hamid. Di alamat (Menyerahkan Kerusi Roda dan Tandas mudahalih)

2. Melawat Veteran Rejab bin Saad (terlantar sakit) di alamat No. 690, Blok 9, Felda Sg Koyan 3

3. Melawat Veteran (sakit terlantar) Rahmat bin Saidi di alamat No. 617, Blok 5, Felda Sg Koyan 3.

4. Melawat Veteran (sakit terlantar, sakit buah pinggang) Mohamad Amin bin Abdul Rahman di alamat No. 490, Blok 8, Felda Sg Koyan 2