KUANTAN, 18 Apr 2019 – Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapten Aliff Nadzri bin Ridzuan telah menghadiri satu majlis di Kampung Kurnia, Kuantan yang diadakan bagi program Jiwa Murni yang dilaksanakan oleh pegawai dan anggota TLDM dari Pangkalan Tanjung Gelang.

 

Program Jiwa Murni tersebut memfokuskan kerja-kerja membaik pulih rumah Veteran TLDM, En Mat Jusoh bin Boto yang mengalami kerosakan disebabkan oleh banjir dan mendapan tanah. Antara skop kerja yang telah dilaksanakan adalah penggantian siling bahagian dapur, pembinaan semula tandas, penggantian kabinet dapur, pengecatan semula rumah, penambakan pasir di bahagian mendap dan pembersihan kawasan rumah.

 

Majlis Perasmian Program Jiwa Murni ini telah disempurnakan oleh Panglima Wilayah Laut 1, Laksmana Muda Abu Bakar bin Ajis. Antara jemputan yang hadir sama dalam majlis ini adalah En Awai bin Mohamad merangkap YDP PV TLDM Negeri Pahang, Lt Kol (B) Mohammad Junaidi bin Salleh merangkap Timb YDP PV ATM Negeri Pahang, Kapt (B) Ismail bin Yaacob merangkap Ketua Cawangan PV ATM Cawangan Kuantan, En Mohd Shukri bin Mamat merangkap Ketua Kampung Kurnia.

 

Di dalam ucapan oleh Panglima MAWILA 1, beliau menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Veteran ATM amnya dan Veteran TLDM khasnya atas jasa dan pengorbanan mereka sewaktu di dalam dan di luar perkhidmatan sebagai tentera. Beliau menyatakan untuk memberikan komitmen yang tinggi dalam apa jua kegiatan dan program yang melibatkan veteran TLDM selaras dengan penerapan konsep Navy People – Bersama Meningkatkan Kesejahteraan Veteran TLDM. Beliau juga berkata bahawa program sebegini bukan sahaja difokuskan kepada Veteran TLDM dan ATM sahaja, malah turut memberi pendedahan serta manafaat kepada masyarakat awam setempat.

LampiranSaiz
01.jpg194.77 KB
05.jpg144.41 KB
06.jpg142.18 KB
07.jpg190.62 KB
08.jpg120.86 KB