PROGRAM JIWA MURNI OLEH TLDM DARI PANGKALAN TANJUNG GELANG KEPADA VETERAN TLDM DI TAMAN BALOK PERDANA

 

KUANTAN, 22 Apr 2019 – Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Kapten Aliff Nadzri bin Ridzuan telah menghadiri satu majlis di Taman Balok Perdana, Kuantan yang diadakan bagi merasmikan program Jiwa Murni yang dilaksanakan oleh pegawai dan anggota TLDM dari Pangkalan Tanjung Gelang.

 

Program Jiwa Murni tersebut memfokuskan kerja-kerja membaik pulih rumah Veteran TLDM, En Erwan Safizal bin Othman di alamat No 42, Jalan Balok Perdana 1/5, Taman Balok Perdana, 26100 Kuantan, Pahang. Antara skop kerja yang telah dilaksanakan adalah pembuatan kabinet dapur, pengecatan semula rumah dan pembersihan kawasan rumah.

 

Majlis Perasmian Program Jiwa Murni ini telah disempurnakan oleh Ketua Staf Markas Wilayah Laut 1, Kepten Muhammad Shakir bin Salleh TLDM. Antara jemputan yang hadir sama dalam majlis ini adalah En Awai bin Mohamad merangkap YDP PV TLDM Negeri Pahang, Lt Kol (B) Mohammad Junaidi bin Salleh merangkap Timb YDP PV ATM Negeri Pahang dan En Ramli @ Kamaludin bin Awang merangkap Ketua Cawangan PV ATM Cawangan Beserah.

LampiranSaiz
01.jpg126.14 KB
03.jpg139.04 KB