JHEV bersama MAP Training and Consultancy telah mengadakan Program Motivasi Alihan Pelajar (MAP) untuk Anak-anak Veteran ATM Siri 9/2014 pada 19 dan 20 September 2014 di Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. 220 peserta terdiri daripada anak-anak veteran ATM yang berumur 13 hingga 18 tahun telah menghadiri program ini. Objektif program ini adalah untuk melahirkan  anak-anak veteran ATM yang bersahsiah tinggi.