Kuala Lumpur, 11 Nov 2017 - Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato' Mohamad Khir bin Abdullah turut hadir ke Program Sukarelawan iM4U PUSPANITA Kementerian Pertahanan yang telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato' Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi dan isteri YBhg Datin Sri Zahrah binti Che Hussain bertempat di Laman Bestari, SMK Desa Tun Hussein Onn.
 

Pelbagai acara menarik telah diadakan seperti senamrobik bersama KSU, sumbangan kepada anak-anak veteran yang berjaya melanjutkan pelajaran dalam pelbagai jurusan ijazah sarja muda dan diploma, penyampaian hadiah cabutan bertuah oleh YBhg KSU, acara perasmian penanaman pokok, gerai-gerai jualan dan pameran, gotong royong, persembahan buskers oleh pelajar SMK DTHO dan lawatan KSU ke bilik peperiksaan utama SMK DTHO.