KUALA LUMPUR 1 Julai 2014 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata rakyat harus berterima kasih kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

 

"Kemerdekaan dan kebebasan yang dinikmati oleh rakyat Malaysia hari ini, kita terhutang budi kepada veteran kita. 

"Kami sering hanya berterima kasih kepada bekas veteran atas perkhidmatan dan pengorbanan mereka tetapi ia tidak mencukupi," kata Najib dalam catatan terbaru beliau dalam laman Facebooknya hari ini. 

Beliau merujuk kepada laporan "Lima Puluh Satu Veteran OKU Terima Bantuan Khas Sekali Bayaran RM500" yang disiarkan BERNAMA semalam. 

Menurut laporan itu, anggota veteran ATM di Terengganu menerima bantuan khas sekali bayaran RM500 daripada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) bagi menghargai jasa mereka kepada negara. 

 

Sumber: BERNAMA