Kuantan, 31 Ogos 2018 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman bin Mat Sham TUDM turut bersama-sama dengan veteran ATM yang terlibat dalam perbarisan lintas hormat sempena Hari Kebangsaan ke 61 di Kuantan yang turut dihadiri oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah