Pengkalan Chepa, 15 Mac 18. - Lawatan Kebajikan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias bersama Squad Sayang Pengkalan Chepa terhadap Veteran ATM dan balu yang mengidap penyakit kronik di sekitar kawasan Pengkalan Chepa. Antara veteran dan balu yang dilawat adalah seperti berikut;

1. Puan Zawiah binti Othman - Beliau merupakan seorang balu yang mengidap penyakit kencing manis yang kronik dan kaki sebelah kanan telah dipotong dan beralamat di Kampung Tanjung Mas.

2. Encik Mere bin Harun - Beliau mengidap penyakit buah pinggang yang kronik dan beralamat di Kampung Pauh Badang.

3. Encik Mat Hussin bin Yaacob - Beliau mengidap penyakit kencing manis yang kronik dan kaki sebelah kanan beliau telah dipotong dan beralamat di Kampung Kemumin.

4. Encik Mohamed bin Yusuf - Beliau mengidap penyakit stroke dan beralamat di Kampung Tebing Tinggi.

Turut hadir YDP Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Negeri Kelantan dan AJK.