KUALA LUMPUR, 14 Mei 2013 : Pengurusan Affin Islamic Berhad telah menyampaikan sumbangan zakat kepada Tabung Zakat Yayasan Veteran ATM. Penyampaian ini berlangsung pada 14 Mei 2013 dan disampaikan oleh Ketua Jabatan Pengurusan Zakat dan Promosi Affin Islamic Bank iaitu Puan Puziah Abu Bakar. 

Wang sumbangan zakat berjumlah RM50,000 ini adalah untuk tujuan penganjuran aktiviti-aktiviti Yayasan Veteran ATM.