Taklimat dan sesi soal jawab berkenaan Bantuan Bakti Negara (BBN) telah diadakan pada 12 Ogos 2017 oleh JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan dan Terengganu. Taklimat telah disampaikan oleh Pengarah JHEV ATM Negeri Kelantan dan Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias kepada veteran tidak berpencen yang merupakan ahli PVATM Cawangan Pasir Puteh dan Selising bertempat di Dewan Seminar PPD Pasir Puteh, Kelantan. Turut hadir Pemangku Timbalan Presiden PVATM Negeri Kelantan, Ketua PVATM Cawangan Selising dan Timbalan Ketua Cawangan PVATM Pasir Puteh