Selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet 2018, bayaran khas kepada pesara awam termasuk Veteran ATM berpencen akan dibayar pada 8 Januari 2018. Semakan di bank boleh mula dibuat mulai jam 4.00 petang pada hari yang sama. Maklumat lanjut berkaitan syarat pembayaran boleh rujuk Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 6 Tahun 2017.