Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ)

Yayasan Veteran ATM telah memperuntukkan Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) bagi Veteran ATM yang tidak berpencen, pasangan dan anak yang layak sahaja. Pemohon / waris boleh mengemukakan tuntutan di Pejabat Yayasan Veteran ATM dan JHEV Cawangan Negeri. Tuntutan hendaklah dibuat dalam tahun semasa kematian.

Jumlah bantuan adalah seperti berikut:

  • Kematian Veteran ATM RM3,000.
  • Kematian Pasangan RM1,500.
  • Kematian Anak RM1,500 (bawah 18 tahun / bawah 21 tahun bagi yang masih belajar / anak OKU).

Dokumen yang diperlukan:

  • Borang permohonan.
  • Salinan sijil kematian / permit perkuburan.
  • Salinan kad pesara / buku perkhidmatan / kad bekas tentera / pengesahan perkhidmatan sebagai anggota ATM daripada Jabatanarah Rekod dan Pencen, Kementerian Pertahanan.
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pesara / buku perkhidmatan / kad bekas tentera / pengesahan perkhidmatan sebagai anggota ATM daripada Jabatanarah Rekod dan Pencen, Kementerian Pertahanan.
  • Salinan akaun bank pemohon (Akaun ASB tidak diterima).
  • Salinan sijil nikah (bukti pertalian si mati-pasangan) atau salinan surat beranak (bukti pertalian si mati – anak).
  • Surat Akuan Bersumpah.
  • Salinan kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (bagi anak OKU)

(Nota : Semua salinan dokumen hendaklah disahkan. Permohonan yang tidak lengkap akan menyebabkan kelewatan pembayaran).

PENTING
Mulai tahun 2014, wang BMJ dibayar melalui Fund Transfer (FT) atau Inter-bank Giro (IBG). Pemohon boleh membuat semakan berkenaan status permohonan mereka dengan Bahagian Kebajikan Yayasan Veteran ATM ditalian 03-2050 8194 atau JHEV Cawangan Negeri.