Borang permohonan boleh didapati dari Pejabat JHEV Cawangan Negeri yang berdekatan atau boleh dimuat turun dari laman web Jabatan Hal Ehwal ATM (www.jhev.gov.my).

Setiap permohonan hendaklah memenuhi Borang Induk (BQ-BK-01) dan diikuti dengan borang skim yang dipohon. Semua permohonan bantuan hendaklah menggunakan borang- borang JHEV ATM yang dilampirkan mengikut kategori skim bantuan seperti berikut:

 

Senarai Semak Permohonan Kebajikan Borang
Borang Induk/Maklumat Asas BQ-BK-01
Skim Bantuan Saraan Hidup BQ-BK-02
Skim Bantuan Persekolahan BQ-BK-03
Skim Kemasukan ke IPTA BQ-BK-04
Skim Peralatan Pesakit BQ-BK-05
Skim Bencana Alam BQ-BK-06

 

Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar dan pemohon bertanggungjawab atas segala laporan yang diberikan. Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri di mana pemohon itu menetap. Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan panel Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Pendidikan JHEV (JKKP).