Kelayakan Asas Pemohon

Bagi melayakkan Veteran ATM memohon Bantuan Kebajikan dan Pendidikan, pemohon mestilah memenuhi kelayakan asas seperti berikut:

  1. Veteran ATM.
  2. Balu kepada Veteran ATM.
  3. Anak-anak yatim Veteran ATM yang berumur di bawah 18 tahun dan dibawah 23 tahun jika masih belajar.

Bantuan Kebajikan JHEV TIDAK LAYAK bagi:

  1. Veteran ATM yang ditamatkan perkhidmatan disebabkan kes tatatertib/salah laku/ hukuman mahkamah dan lain-lain penamatan secara tidak terhormat.
  2. Balu Veteran ATM yang berkahwin semula.
  3. Bekas isteri Veteran ATM (bagi kes yang bercerai hidup)