Penamatan Bantuan

Bantuan yang diterima akan ditamatkan SERTA-MERTA apabila berlaku perkara-perkara berikut :

  • Penerima bantuan telah meninggal dunia. (Adalah menjadi kewajipan waris penerima melaporkan kematian penerima kepada pejabat JHEV Negeri yang berdekatan pada kadar segera dengan mengemukakan salinan sijil kematian.)
  • Anak yatim yang telah mencapai umur 18 tahun atau pun 23 tahun (jika melanjutkan pelajaran).
  • Balu yang berkahwin semula.
  • Maklumat yang dinyatakan di dalam borang permohonan adalah PALSU dan TIDAK BENAR.
    Tindakan perundangan boleh diambil ke atas pemohon di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan(Akta 574).
  • Berlaku perubahan status sosioekonomi oleh pemohon.
  • Apabila Bantuan Sara Hidup yang diterima mencapai tempoh 3 tahun.
  • Apabila tamat persekolahan.(Skim Bantuan Persekolahan/Kolej Vokasional sahaja

    • 12 tahun - sekolah rendah
    • 17 tahun - sekolah menengah
    • 19 tahun - kolej vokasional

  • Apabila penerima telah berpindah alamat tanpa memaklumkan ke jabatan ini dan tidak dapat dikesan.
  • Penerima tidak mengemukakan salinan buku akaun bank ke Ibu Pejabat JHEV melebihi tempoh 3bulan dari tarikh kelulusan.
  • Gagal untuk mengemukakan salinan akaun bank yang sah dan aktif.