Boleh diberikan kepada :

  1. Pegawai dan anggota yang telah cukup tempoh perkhidmatan pada tarikh TTP masing-masing; atau
  2. Pegawai/anggota yang meninggal dunia (dibayar kepada orang tanggungan) semasa dalam perkhidmatan ATM kecuali bagi pegawai yang ditamatkan perkhidmatan kerana salahlaku atau anggota yang ditamatkan perkhidmatan atas kesalahan tatatertib.

Baki cuti rehat tahunan yang terkumpul itu hendaklah cuti yang telah tidak dapat dihabiskan dalam tahun semasa demi kepentingan perkhidmatan (maksimum 150 hari sahaja).