APAKAH  ITU  FAEDAH HILANGUPAYA
1. Faedah Hilangupaya adalah faedah yang dibayar kepada anggota tentera yang mendapat kecederaan kekal semasa di dalam perkhidmatan tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
a. HU itu diperkaitkan dengan tugas.
b. HU diperakui oleh Lembaga Perubatan dan LPS.
c. Faedah ini terhenti apabila penerima meninggal dunia.
d. Faedah ini berasaskan kepada peratus HU yang ditentukan oleh LPS.

JENIS-JENIS FAEDAH HILANGUPAYA

1. Faedah yang dibayar bawah Peraturan-Peraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran dan Faedah-Faedah Lain) 1982.
2. Faedah yang dibayar bawah DTAPPN yang berkuatkuasa mulai 5 Okt 1984.
3. Faedah yang dibayar bawah PMAT 9/2008 Ex-Gratia Bencana Kerja Perkhidmatan ATM yang berkuatkuasa mulai 1 Jan 2001.
Anggota yang mengalami HU layak menerima ketiga-tiga faedah di atas tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan.

FAEDAH HILANGUPAYA BAWAH PPAT 82
1.     Faedah ini hanya dibayar setelah anggota berhenti atau bersara dari perkhidmatan.
2.     Faedah ini berasaskan kepada pangkat serta gaji hakiki semasa kejadian.
3.     Jika  darjah  HU  19%  dan  ke  bawah,   hanya  dibayar  Ganjaran    Hilangupaya.     Kadar     bayaran   pula    adalah berdasarkan  kepada Susunan 4 kepada PPAT 82.
4.     Jika darjah HU 20% dan  ke atas, akan dibayar Pencen Hilangupaya. Kadar bayaran adalah berdasarkan Susunan 2 atau  Susunan   2A   kepada   PPAT   82;  mana  yang  lebih menguntungkan.
5.     Sekiranya   darjah  HU  100%,   anggota  tersebut  juga boleh  dibayar  ELS*  sebanyak  RM440.00 sebulan tertakluk   kepada kelulusan MAT.

FAEDAH DTAPPN
1. Faedah ini berkuatkuasa mulai 1 Jan 2011.
2. Faedah ini dibayar oleh ARB sebagai saguhati kepada anggota yang mengalami HU kekal semasa tugas aktif iaitu tugas operasi atau latihan.
3. Kadar bayaran adalah seperti berikut :
a. RM750.00 - bagi anggota yang mengalami cedera ringan yang mengakibatkan HU kekal tetapi masih boleh berkhidmat.
b. RM8000.00 - bagi anggota yang mengalami cedera parah.
c. RM10,500.00 - bagi anggota yang mengalami cedera parah yang mengakibatkan HU kekal tetapi masih boleh berkhidmat.
d. RM15,000.00 - bagi anggota yang mengalami cedera parah yang mengakibatkan HU kekal dan terpaksa diberhentikan daripada perkhidmatan.
e. RM30,000.00 – bagi anggota yang mengalami cedera parah yang mengakibatkan kehilangan pandangan kedua belah mata, kudung dua belah kaki atau lumpuh dari paras pinggang ke bawah.

FAEDAH EX-GRATIA BENCANA KERJA PMAT 9/2008  
1. Faedah ini berkuatkuasa mulai 1 Jan 2001.
2. Faedah ini dibayar semasa anggota masih lagi berkhidmat dan berterusan walaupun telah berhenti/bersara.
3. Faedah Ex-Gratia Bencana Kerja ini hanya dibayar setelah mendapat pengesahan darjah HU daripada LPS.
4. Faedah ini  berasaskan  kepada  gaji  hakiki dan imbuhan Tetap semasa mendapat kecederaan.
5. Jika  darjah  HU 20%  dan ke bawah, hanya akan dibayar EXP.  
6. Jika  darjah  HU  melebihi  20%,  akan  dibayar  EXP dan EXB. Sekiranya darjah HU 100%, anggota juga boleh dibayar ELS* sebanyak maksimum RM500.00 sebulan