PENCEN DAN GANJARAN PERKHIDMATAN
                      


  1. Pencen dan Ganjaran Perkhidmatan hanya dibayar kepada Pegawai Tauliah Tetap yang telah mencapai umur persaraan pilihan atau umur persaraan paksa; atau mempunyai perkhidmatan yang diakui 20 tahun dan ke atas (tertakluk kepada kelulusan MAT). Formula perkiraan seperti berikut :

    1. Pencen Perkhidmatan.
    2. Ganjaran Perkhidmatan.
  2. Pegawai TJP juga layak dibayar Pencen dan Ganjaran Perkhidmatan jika bersara pada umur persaraan paksa pegawai Tauliah Tetap. Formula perkiraan seperti berikut :
    1. Pencen Perkidmatan.
    2. Ganjaran Perkhidmatan.
  3. Bagi askar-lasykar untuk mendapatkan Pencen dan Ganjaran Perkhidmatan mestilah mempunyai perkhidmatan yang
    diakui sekurang-kurangnya 21 tahun. Formula perkiraan seperti berikut ::
    1. Pencen Perkhidmatan.
    2. Ganjaran Perkhidmatan.
  4. Bagi mereka yang berhenti atas alasan perubatan, iaitu apabila disahkan oleh Lembaga Perubatan sebagai “Unfit”, juga layak dibayar Pencen dan Ganjaran Perkhidmatan mengikut formula perkiraan yang bersesuaian di perenggan 1, 2 dan 3 tetapi tidak kurang daripada 1/5 daripada gaji akhir (pegawai Tauliah Tetap dan askarlasykar) atau ¾ daripada 1/5 daripada gaji akhir ( pegawai TJP)
  5. Pegawai Tauliah Tetap yang bersara dan mempunyai perkhidmatan yang diakui kurang daripada 20 tahun boleh dibayar Ganjaran Tamat Perkhidmatan (tertakluk kepada kelulusan MAT). Formula perkiraan seperti berikut :
    1. ?
    2. ?
    3. ?
  6. Pegawai TJP yang menamatkan perkhidmatan mengikut tarikh TTP boleh dibayar Ganjaran Tamat Perkhidmatan berdasarkan formula berikut :
    1. ?
    2. ?
    3. ?




                      FAEDAH-FAEDAH LAIN                       


    1. Faedah Gantian Cuti Rehat.

      1. FGCR dibayar kepada pegawai dan anggota LLP yang tamat tempoh perkhidmatan; atau kepada orang tanggungan jika anggota meninggal dunia dalam perkhidmatan. Ia adalah merupakan faedah dalam bentuk wang yang dibayar bagi menggantikan cuti rehat tahunan yang tidak dapat dihabiskan atas kepentingan perkhidmatan. Ianya tertakluk kepada maksimum kelayakan 150 hari.
      2. Formula perkiraan seperti berikut :
        1. ?
        2. ?
        3. ?

    2. Caruman LTAT
      1. Ini merupakan caruman wajib bagi anggota LLP sahaja di mana potongan 10% daripada gaji hakikinya dibayar kepada LTAT. Kerajaan pula akan mencarum sebanyak 15% daripada gaji hakiki ke dalam akaun anggota. Setiap tahun LTAT akan membayar dividen kepada caruman tersebut.
      2. Bagi anggota LLP yang berpencen, mereka akan hanya dibayar carumannya sendiri bersama dividen yang diisytihar setiap tahun. Sementara bagi anggota LLP yang tidak berpencen, mereka akan dibayar caruman sendiri bersama dengan caruman kerajaan serta dividen yang diisytihar setiap tahun.
      3. Bagi Pegawai, mereka boleh mencarum secara sukarela. Minimum caruman adalah sebanyak RM25.00 dan maksimum RM750.00 sebulan. Caruman ini dibayar bersama dividen yang diisytihar setiap tahun apabila berhenti mencarum.
    3. Latihan Peralihan. Merupakan satu faedah yang hanya diberikan kepada anggota ATM sebelum menamatkan perkhidmatan. Ianya bertujuan untuk memberi latihan kemahiran sebagai persediaan awal sebelum beralih ke bidang awam. Tempoh latihan peralihan seperti berikut :
      1. Pegawai – bagi Mejar dan ke atas layak selama 3 bulan, manakala Kapten dan ke bawah layak 6 bulan.
      2. Anggota LLP – tempoh latihan peralihan adalah selama 6 bulan sahaja. Syarat kelayakan adalah berdasarkan PMAT 5/2005 – Latihan Peralihan Angkatan Tentera Malaysia.
    4. Rawatan Perubatan. Anggota ATM yang menamatkan perkhidmatan/ bersara layak menerima rawatan perubatan percuma di hospital kerajaan atau tentera. Kelayakan wad bergantung kepada pangkat semasa di dalam perkhidmatan.
    5. Tuntutan Pindah. Anggota boleh membuat tuntutan pindah yang terakhir dari tempat bertugas yang akhir ke kampung halaman.




                          TANGGUNGJAWAB DOKUMENTASI TAMAT PERKHIDMATAN OLEH ANGGOTA                       


    1. Memohon untuk mengikuti Latihan Peralihan.
    2. Membuat pemeriksaan kesihatan di RSAT dengan membawa BAT D 70 - Bertukar Ke Pasukan Simpanan dan BAT B 83 - Pemberhentian Askar Laskar.
    3. Menyediakan gambar berukuran pasport.
    4. Membuat Kad Pengenalan Awam di JPN dengan
      membawa Surat Pengesahan Persaraan Anggota Tentera (Lampiran 1 kepada Kembaran D - ARKTUJA No.3).
    5. Menyediakan dokumen persendirian berikut:
      1. Salinan Sijil Perakuan Nikah
      2. Salinan Kad Pengenalan isteri.
      3. Salinan Kad Pengenalan/Surat Beranak anak.
      4. Salinan buku akaun bank/penyata akaun bank.
    6. Melengkapkan Sijil Penyelesaian Pasukan.
    7. Mengisi dan mendapatkan pengesahan pihak bank Borang Penyertaan SPB 1.
    8. Menyelesaikan segala urusan Cukai Pendapatan dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN ) secara persendirian bagi memastikan Sijil Penyelesaian Cukai (SPC) dapat dikeluarkan sebelum menamatkanperkhidmatan/ bersara. Ini bertujuan supaya kelewatan pembayaran faedah persaraan/ caruman LTAT tidak berlaku.