Pencen

11.Bagaimana saya ingin mendapatkan Penyata Pencen tahun ini?

Penyata Pencen boleh didapatkan secara online pada halaman http://veteranatm.jhev.gov.my/eOnline2013/. Bagi pengguna yang berdaftar melalui laman web JHEV mulai 03 Januari 2010, pengguna boleh mengakses sistem menggunakan id pengguna dan kata laluan yang sama digunakan untuk laman web JHEV ini.

Bagi pengguna yang tidak pernah berdaftar melalui laman web JHEV, anda boleh log masuk menggunakan ID Facebook atau ID Google untuk masuk ke Sistem Semakan Penyata Pencen ini.

12.Perlukah saya menyertakan salinan Buku Rekod Perkhidmatan semasa memohon untuk tuntutan bayaran balik perubatan?

Salinan Buku Rekod Perkhidmatan tersebut diperlukan mengemaskini maklumat terkini tuan/ puan ke dalam sistem JHEV. Namun begitu permohonan tuan/ puan tetap akan diproses walaupun tiada slinan buku rekod perkhidmatan jika tuan/ puan adalah persara berpencen.

13.Apakah kelayakan untuk menerima Faedah Perubatan daripada JHEV?

Warganegara Malaysia yang telah bertugas sepenuh masa di dalam mana-mana perkhidmatan berikut;

Bekas Anggota ATM

  1. Angkatan Tentera Malaysia (ATM berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun)
  2. Pasukan Simpanan ATM yang dikerah sepenuh masa (berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun)

 

Bekas Anggota Bukan ATM

  1. Pasukan Force 136
  2. Tentera British yang berkhidmat di Malaya /Singapura dan;
  3. Sarawak Rangers

 

Tanggungan

Bekas Anggota ATM

  1. Diri sendiri
  2. Isteri/Suami Isteri/suami yang dikahwini secara sah dan berdaftar semasa dalam perkhidmatan dan namanya tercatit di dalam Buku Pengakuan Perkhidmatan dan Kad Bekas Tentera.
  3. Isteri/suami yang dikahwini selepas persaraan hanya layak menerima kemudahan perubatan selagi Veteran ATM masih hidup atau sekiranya Veteran ATM tersebut telah meninggal dunia, tempoh kelayakan dikira 20 tahun daripada tarikh persaraan Veteran ATM tersebut.
  4. Anak-anak yang dikira tanggungan ialah anak Veteran ATM sendiri dan termasuklah anak angkat, anak tiri dan juga anak tidak sah taraf yang dipelihara sepenuhnya oleh Veteran ATM yang tertakluk had umur berikut;
  5. Berumur di bawah 18 tahun
  6. Di bawah 21 tahun jika masih belajar.
  7. Tiada had umur bagi anak yang cacat / dhaif / terencat akal (anak istimewa).Sekiranya anak yang dilahirkan normal tetapi telah mengalami kecacatan/kerencatan kemudiannya (yang disebabkan oleh demam, kemalangan dan sebagainya) pada usia melebihi 18 tahun, Veteran ATM perlu mendapatkan dokumen sokongan iaitu Pendaftaran atau pengesahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pengesahan doktor kerajaan bahawa kecacatan/kerencatan adalah kekal.

 

Bekas Anggota Bukan ATM

  1. Diri sendiri
  2. Isteri/Suami

 

14.Apakah masalah yang sering dihadapi oleh anggota tentera selepas persaraan daripada perkhidmatan?

Masalah-masalah yang sering dihadapi oleh tentera selepas persaraan adalah seperti berikut:

  • Perceraian
  • Pesara bankrup/ dipenjarakan
  • Perlantikan Wakil Diri yang sah

 

15.Bagaimanakah perkiraan bayaran Faedah Hilang Upaya kepada Veteran ATM?

Faedah Hilang Upaya hanya dibayar bagi kecederaan/ hilang upaya yang diperkaitkan dengan tugas semasa dalam perkhidmatan.
Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai Faedah Hilang Upaya

16.Jika Veteran ATM meninggal dunia, apakah faedah-faedah kematian yang akan diberikan kepada keluarga Veteran ATM?

Jika seseorang veteran meninggal dunia, ahli keluarga yang layak akan menerima Faedah Kematian daripada JHEV.
Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

17.Bagaimanakah pemberian Faedah Gantian Cuti Rehat kepada Veteraan ATM?

Faedah ini boleh diberikan kepada pegawai dan anggota yang telah cukup tempoh perkhidmatan pada tarikh TTP masing-masing atau pegawai/anggota yang meninggal dunia (dibayar kepada orang tanggungan) semasa dalam perkhidmatan ATM kecuali bagi pegawai yang ditamatkan perkhidmatan kerana salahlaku atau anggota yang ditamatkan perkhidmatan atas kesalahan tatatertib. Baki cuti rehat tahunan yang terkumpul itu hendaklah cuti yang telah tidak dapat dihabiskan dalam tahun semasa demi kepentingan perkhidmatan (maksimum 150 hari sahaja).

18.Saya telah kehilangan Kad Bekas Tentera (KBT). Apa yang perlu saya lakukan?

Sekiranya anda kehilangan kad Bekas Tentera, sila ambil tindakan berikut:

  1. Buat laporan kehilangan di balai polis berhampiran.
  2. Isi borang permohonan Kad Bekas Tentera yang boleh diperolehi dari JHEV negeri yang berdekatan atau muat turun dari laman web JHEV atau klik di sini untuk muat turun Borang Permohonan KBT
  3. Sila majukan borang berkenaan bersama dengan
    1. Laporan polis
    2. Salinan buku perkhidmatan
    3. Salinan kad pengenalan anda dan pasangan
    4. Salinan sijil nikah
    5. Sekeping gambar berukuran pasport

 

Hantarkan borang beserta dokumen di atas ke JHEV Negeri atau terus ke JHEV ATM untuk tindakan selanjutnya.
Sekiranya ada kemusykilan/ pertanyaan sila berhubung terus dengan Staf Unit Kad Bekas Tentera di talian 03-20508111.