Bantuan Kebajikan

19.Siapakah yang layak memohon?

 

  1. Veteran ATM (Anggota tetap ATM, Tentera British, Force 136, Sarawak Rangers dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa) (sekurang-kurangnya 1 tahun);
  2. Balu kepada Veteran ATM;
  3. Anak - anak yatim piatu Veteran ATM yang berumur 18 tahun dan ke bawah atau sehingga tamat pengajian peringkat ijazah pertama secara berterusan.

 

KECUALI

  1. Mereka yang diberhentikan di atas kes tatatertib;
  2. Isteri yang dikahwini selepas perkhidmatan termasuk tanggungan.

 

20.Adakah JHEV menyediakan Bantuan Kemasukan IPTA/ Politeknik bagi anak veteran ATM yang belajar di IPTS?

JHEV menyediakan Bantuan Kemasukan ke IPTA dan politeknik kerajaan sahaja.

21.Adakah skim bantuan peralatan pesakit mempunyai had pendapatan atau pengiraan Paras Garis Kemiskinan (PGK) seperti skim bantuan lain?

Skim Bantuan Peralatan Pesakit tidak terikat kepada mana-mana syarat skim lain dan layak untuk veteran berpencen dan tidak berpencen. Skim Bantuan ini adalah terbuka kepada semua veteran dan berdasarkan kepada pengesahan doktor mengenai keperluan peralatan tersebut.

Semua permohonan wajib disertakan dengan memo perubatan daripada doktor kerajaan bagi mengesahkan keperluan peralatan tersebut. Gambar keadaan pesakit boleh disertakan bagi menyokong keperluan peralatan terbabit.

22.Anak saya belajar sekolah rendah dan akan tamat persekolahan peringkat rendah pada tahun ini. Adakah saya perlu memohon bantuan persekolahan bagi peringkat sekolah menengah?

Ya. Bantuan Persekolahan mempunyai dua peringkat iaitu sekolah rendah dan sekolah menengah.
Sekiranya anak telah tamat persekolahan peringkat rendah, anak yang sama perlu memohon semula bantuan di peringkat menengah

23.Anak saya telah mendapat bantuan persekolahan. Bolehkah saya memohon bantuan persekolahan untuk anak saya yang lain?

Bantuan Persekolahan hanya diberikan kepada satu anak bagi satu keluarga sahaja.

24.Apakah jenis skim bantuan yang disediakan?

Terdapat 5 jenis Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan iaitu :

  1. Bantuan Sara Hidup
  2. Bantuan Persekolahan
  3. Bantuan Kemasukan Ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Politeknik
  4. Bantuan Peralatan Pesakit
  5. Bantuan Bencana

 

25.Apakah syarat kelayakan asas bagi Skim Bantuan Sara Hidup?

Skim bantuan ini diberi khusus kepada :

  1. Veteran / tanggungan yang dhaif, uzur, hilang upaya dan menghidap penyakit kronik berdasarkan kelayakan mengikut kiraan Pendapatan garis Kemiskinan (PGK).
  2. Berumur 60 tahun ke atas berdasarkan umur warga emas yang diamalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kecuali sakit yang menghalang pekerjaan seperti lumpuh dan cacat anggota fizikal/mental.
  3. Balu
  4. Anak yatim piatu yang berumur kurang dari 18 tahun atau sehingga tamat pengajian peringkat ijazah pertama secara berterusan jika masih belajar.

 

26.Saya adalah seorang anak yatim piatu. Adik-beradik saya 5 orang. Saya ada seorang adik yang cacat sejak lahir. Bolehkan saya memohon bantuan sara hidup bagi adik saya?

Bantuan Sara Hidup boleh dipohon oleh penjaga yang sah di sisi undang-undang.

27.Saya difahamkan had syiling bagi bantuan peralatan pesakit adalah RM 5000.00 seorang. Saya telah membuat pembelian peralatan berjumlah RM 5000.00, adakah saya akan dapat bayaran balik RM 5000.00 tersebut?

Had syiling bagi Skim Bantuan Peralatan Pesakit adalah sebanyak RM 5000.00. JHEV akan membuat bayaran balik sekiranya veteran telah membeli sendiri peralatan pesakit yang disyorkan oleh pegawai perubatan kerajaan beserta resit pembelian yang sah.

28.Saya telah memohon bantuan persekolahan bagi tahun 2010 pada bulan Mei. Tapi permohonan saya dikatakan akan dimasukkan bagi tahun 2011. Mengapa?

Permohonan Bantuan Persekolahan adalah dibuka pada awal tahun sehingga penghujung bulan Februari. Sekiranya permohonan sampai selepas tarikh tersebut maka permohonan akan disimpan untuk kemasukan bagi tahun berikutnya.

29.Saya telah memohon Bantuan Sara Hidup. Tapi saya tidak layak. Kenapa?

Skim Bantuan Sara Hidup adalah untuk veteran atau tanggungannya yang berpendapatan kurang dari Paras Garis Kemiskinan, cacat atau hilang upaya kekal atau di bawah kategori warga tua yang tiada pendapatan tetap.

30.Saya telah menerima cek bantuan pertama kali Bantuan Sara Hidup dari JHEV. Saya kurang faham apa tindakan saya selanjutnya.

Setelah menerima cek bantuan pertama kali dari JHEV, penerima perlu mengirimkan surat akuan penerimaan cek dan salinan buku akaun (BSN atau Affin sahaja) ke Cawangan JHEV Negeri yang terdekat atau dihantar terus ke Bahagian Kebajikan JHEV, Kuala Lumpur.

Ini bagi membolehkan pihak Kebajikan JHEV untuk mengemaskini maklumat penerima dalam senarai penerima kami. Melalui ini, bantuan akan dimasukkan secara bulanan ke dalam akaun penerima.

31.Saya ingin memohon bantuan bencana bagi rumah saya yang mengalami banjir tempoh hari. Apakah cara-cara memohon bantuan tersebut?

Skim Bantuan Bencana merupakan bantuan berupa kewangan bagi membantu veteran atau balu sekiranya berlaku sesuatu bencana yang merosakkan struktur asal rumah hak milik veteran, isteri atau balu.

Bencana dikategorikan samada disebabkan oleh faktor alam seperti banjir, tanah runtuh, hujan ribut atau kebakaran. Laporan polis, pengesahan ketua kampung beserta laporan bomba (jika ada) perlu dikemukakan untuk mengesahkan kejadian tersebut. Gambar kejadian boleh disertakan bagi menyokong kejadian terbabit.

Seterusnya isi borang permohonan Bantuan Bencana Alam da kembalikan kepada pejabat JHEV yang berhampiran.
Borang tersebut boleh dimuat turun di sini.