Kerjaya

32.Selaku majikan, bagaimanakah proses untuk mendapatkan sumber tenaga kerja?

Para majikan yang berminat untuk mendapatkan sumber tenaga kerja dari kalangan Veteran ATM bolehlah menghubungi JHEV di alamat dan talian seperti di bawah:

Bahagian Kerjaya dan Sosioekonomi
Tingkat 2,
301, Medan Tuanku,
Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur
No. Telefon: 03-20508027 / 8028

Para majikan juga perlu menggariskan perkara-perkara berikut ketika menawarkan sebarang jenis jawatan kosong semasa berhubung dengan JHEV.

  1. Nama jawatan kosong.
  2. Jumlah kekosongan.
  3. Kelayakan atau syarat-syarat yang diperlukan.
  4. Gaji dan elaun-elaun yang diberi.
  5. Kemudahan-kemudahan lain seperti perlindungan insurans, pinjaman, penginapan, pengangkutan dan lain-lain
  6. Nama pegawai sumber manusia atau pengurus yang bertanggungjawab untuk dihubungi berserta no. telefon, no. faks dan alamat majikan yang lengkap.
  7. Kriteria-kriteria lain yang berkenaan sekiranya ada.

 

33.Bagaimanakah prosedur kerja Bahagian Kerjaya dan Sosioekonomi (BKS) di dalam usaha mendapatkan pekerjaan kepada Veteran ATM sebagai kerjaya kedua selepas mereka menamatkan perkhidmatan kelak?

 

  1. BKS menerima pendaftaran permohonan pekerjaan daripada Veteran ATM.
  2. Menerima penawaran pekerjaan daripada majikan-majikan.
  3. Melakukan penyesuaian kerja berpandukan syarat kelayakan dan kriteria yang ditetapkan/diperlukan oleh pihak majikan.
  4. Memajukan pencalonan Veteran ATM kepada majikan.
  5. tarikh temuduga kepada Veteran ATM
  6. Melakukan pemantauan berterusan terhadap Veteran ATM dan majikan.

 

34.Apakah usaha-usaha JHEV ATM dalam membantu para Veteran ATM untuk mendapatkan pekerjaan di sektor awam?

Bahagian Kerjaya dan Sosioekonomi (BKS) JHEV sentiasa berhubung dengan agensi-agensi kerajaan untuk berbincang mengenai peluang pekerjaan yang dapat diberikan kepada para Veteran ATM. Buat masa sekarang, JHEV telah menerima tawaran kosong untuk para Veteran daripada PDRM, RELA, dan juga JAKIM. Maklumat-maklumat lanjut mengenai jawatan-jawatan kosong ini boleh didapati di laman web JHEV.

35.Apakah bidang pekerjaan yang sering ditawarkan oleh majikan kepada JHEV?

Bidang pekerjaan yang seringkali diterima oleh JHEV daripada majikan ialah bidang keselamatan, pemandu dan elektronik. Manakala bidang pekerjaan lain adalah tertakluk kepada kekosongan di syarikat berkenaan.