Sosioekonomi

36.Adakah Veteran ATM dikenakan sebarang bayaran bagi mengikuti kursus Post Peralihan anjuran PERHEBAT?

Veteran ATM yang terpilih untuk mengikuti kursus Post Peralihan anjuran PERHEBAT hanya akan dikenakan bayaran sebanyak RM10 sehari sekiranya memerlukan kemudahan sajian dan penginapan yang disediakan oleh PERHEBAT. Manakala kos pengajian kursus tersebut akan dibiayai sepenuhnya oleh PERHEBAT.

37.Bagaimanakah proses untuk para Veteran ATM memohon pembiayaan kursus yang dianjurkan oleh Penyedia Latihan Swasta?

Veteran ATM yang berminat untuk memohon pembiayaan kursus perlu datang sendiri ke ibu pejabat JHEV (Bahagian Bimbingan Kerjaya) dan membawa dokumen lengkap berikut:

  1. Surat permohonan dari veteran bagi permohonan pembiayaan kursus tersebut.
  2. Surat tawaran beserta sebut harga (yuran kursus)
  3. Salinan Buku Perkhidmatan
  4. Salinan Kad Bekas Tentera
  5. Salinan sijil-sijil yang berkaitan

 

Seterusnya permohonan akan diproses untuk kelulusan Ketua Pengarah JHEV. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh menghubungi Bahagian Kerjaya & Sosioekonomi di talian 03-20508027 / 8028

38.Bolehkah Veteran ATM mengikuti kursus jangka panjang (Kursus Latihan Peralihan) yang tidak ditawarkan dalam jadual kursus Post Peralihan?

Veteran ATM boleh memohon untuk mengikuti kursus jangka panjang tetapi akan dikenakan bayaran RM10 sehari sekiranya memerlukan kemudahan PERHEBAT seperti penginapan dan sajian.Bayaran tersebut hendaklah dijelaskan semasa membuat pendaftaran di PERHEBAT.

39.Adakah JHEV menyediakan lot-lot tanah pertanian?

JHEV tidak menyediakan lot-lot tanah pertanian,apa yang perlu JHEV lakukan ialah membuat tinjauan lot-lot tanah yang kosong di pejabat tanah berkenaan.Jabatan ini hanya mengeluarkan surat sokongan kepada permohonan sahaja.

40.Adakah JHEV menyediakan peluang-peluang projek untuk kontraktor-kontraktor Veteran ATM?

JHEV tidak menyediakan peluang-peluang projek kontraktor-kontraktor Veteran ATM adalah dinasihatkan untuk meneliti iklan-iklan tanda di dalam akhbar-akhbar utama dan mengambil peluang menyertai tender tersebut.

41.Apa peranan JHEV dalam membangunkan sektor pertanian, penternakan dan perikanan yang diusahakan oleh Veteran ATM?

Untuk membangunkan Veteran ATM yang terlibat dalam sektor berkenaan, JHEV menghubungkan pengusaha dengan jabatan berkaitan untuk mendapatkan khidmat nasihat.

42.Adakah JHEV menyediakan pinjaman perniagaan?

JHEV tidak menyediakan pinjaman perniagaan, walau bagaimanapun JHEV menyokong permohonan pinjaman perniagaan yang dibuat kepada institusi-institusi pemberi pinjaman.Untuk makluman bahawa JHEV menjadi Mentor kepada Skim Mikro Kredit BSN untuk pinjaman perniagaan tidak lebih RM 20,000.