• Laman Utama
  • Tentang Jabatan
  • Info
  • Berita
  • Aktiviti JHEV ATM Cawangan Negeri Terengganu dan Kelantan sekitar Pasir Puteh

Berita

Aktiviti JHEV ATM Cawangan Negeri Terengganu dan Kelantan sekitar Pasir Puteh

 

PASIR MAS, 15 OKTOBER 2020 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri kelantan/Terengganu, Mej Syed Mohd Ifandi bin Syed Jaafar telah terlibat dengan PVATTB, PVRSD dan PV105 mengadakan Program membersih Rumah Veteran yang mengalami masalah kemurungan setelah kematian isteri 5 tahun yang lepas dan turut membersih Masjid di Pasir Mas. Veteran yang terlibat adalah seperti berikut;

 

  1. T 1088559 Amran bin Rifin di Kg Limbat Mulong Kota Bharu.

 

  1. Masjid Ibadul Rahman di Taman Desa Johan & Taman Alia Puteri Pasir Mas.

 

Manakala Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri kelantan/Terengganu, Lt Muhamad Faris Bin Pakri bersama dengan PVTTB Cawangan Machang dan PVATM Cawangan Kuala Krai telah menyerahkan Peralatan Pesakit dan Siasatan Bantuan Sara Hidup di sekitar Machang dan Kuala Krai.

Turut hadir semasa Sesi Penyerahan Katil di Kuala Krai adalah wakil dari Farmasi Shalis Care bagi menerangkan cara-cara penggunaan peralatan yang diterima.

 

Penerima Peralatan:

 

  1. 199595 Abdul Raseh b Mustapha - Kg Tualang Kelikir, Machang.

- Terima Alat Periksa Sarah Tinggi dan Kencing manis.

 

  1. 1041837 Mohamed b Abdul Rahman - Kg Bunut Payong, Machang.

- Terima Kerusi Roda

 

  1. 28869 Mohd Noor b Che Mat - Jalan Bukit Achih, Kuala Krai

- Terima Katil Dua Fungsi dan Kerusi Roda

 

Siasatan BSH

 

  1. 1041867 Abd Rahim b Idris di Kg Hujung Tanjung, Kuala Krai

 

  1. 159910 Norsiah Bt Daud di Taman Guchil Jaya, Kuala Krai