• Laman Utama
  • Tentang Jabatan
  • Info
  • Berita
  • Pengagihan Bungkusan Hamper Sumbangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Cawangan Negeri Perak

Berita

Pengagihan Bungkusan Hamper Sumbangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Cawangan Negeri Perak

IPOH, 15 Oktober 2020 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Perak, Mej Hasanuddin Bin Othman telah mengkoordinasikan pengambilan hamper sumbangan MAIWP di Kuala Lumpur dan telah mengagihkan kepada Persatuan Veteran ATM Negeri Perak.

 

Pengagihan telah dilaksanakan sejurus bungkusan hamper tiba di Dewan 2 Briged. Sebanyak 200 bungkusan hamper telah diagihkan terus kepada Persatuan Veteran ATM yang hadir yang seterusnya akan diagihkan kepada Veteran ATM yang memerlukan.