• Home
  • About Department
  • Info
  • Announcement
  • Skim Bantuan Kemasukan Ke Universiti Awam ( UA ) / Politeknik

Announcement

Skim Bantuan Kemasukan Ke Universiti Awam ( UA ) / Politeknik

1) Bantuan bagi meringankan beban kewangan ketika pendaftaran kemasukan ke Universiti dan juga sebagai galakan dan motivasi untuk meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi.

2) Kadar bantuan secara pembayaran sekaligus adalah:

   a) RM1,000 untuk pengajian peringkat Diploma.

   b) RM1,500 untuk pengajian peringkat Ijazah Pertama.

3) Bagaimana untuk memohon?

   a) Muat turun dan lengkapkan borang berikut : Borang Permohonan Bantuan Kebajikan (JHEVBK2019)

   b) Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar dan pemohon bertanggungjawab atas segala laporan yang diberikan.

   c) Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri di mana pemohon itu menetap.

4) Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan.

5) Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan panel Mesyuarat Jawatankuasa Kebajikan dan Pendidikan JHEV (JKKP).Semakan status permohonan boleh dibuat di Sistem Semakan Permohonan Kebajikan JHEV.

6) Untuk maklumat lanjut sila layari www.jhev.gov.my atau hubungi talian Call Centre JHEV di 03-26976600 atau JHEV Cawangan Negeri berdekatan.