๐ฃ๐ฅ๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ฃ๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐ฅ: ๐ง๐๐ ๐๐๐๐๐ก ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐๐๐๐ก๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐ฉ ๐๐ง๐ ๐๐จ๐๐จ๐ฅ๐๐๐ก ๐๐๐ก๐ง๐จ๐๐ก ๐๐๐ฃ๐๐๐ ๐ฉ๐๐ง๐๐ฅ๐๐ก ๐๐ง๐ ๐ฌ๐๐ก๐ ๐ง๐๐ฅ๐๐๐๐๐ฆ
๐๐จ๐๐๐ , ๐ฎ๐ณ ๐ข๐๐ง๐ข๐๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah melakukan lawatan kebajikan pasca banjir bagi menyantuni tiga orang veteran ATM yang terkesan akibat bencana banjir di sekitar Kulim.
Hadir sama mengiringi beliau dalam kunjungan ini ialah Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM), Mejar Jeneral Datoโ Haji Semaon bin Haji Marjuki.
Selain bertanya khabar, YB Adly Zahari turut menyerahkan bantuan berupa Bakul Rahmah, Bantuan Kebajikan, Kit Pasca Banjir, serta sumbangan wang tunai kepada para veteran. Bantuan ini diharap dapat meringankan beban mereka dalam tempoh pemulihan pasca banjir, selain memberi sokongan moral kepada para veteran yang menghadapi cabaran akibat bencana alam.
Komitmen Kementerian Pertahanan bersama JHEV ATM ini menunjukkan keprihatinan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada golongan veteran ATM yang memerlukan bantuan segera di samping sebagai tanda keprihatinan kerajaan dalam memastikan kebajikan para veteran yang terjejas mendapat perhatian sewajarnya.
Program lawatan sebegini juga akan dapat memperkukuhkan hubungan antara Kementerian Pertahanan, JHEV ATM, dan komuniti veteran dalam usaha memastikan kesejahteraan mereka terpelihara.
Hadir sama semasa kunjungan tersebut ialah Brigedier Jeneral Datoโ Saipol Anuar bin Jaafar, Panglima 6 Bgd, Mejar Mohd. Izmer bin Ghazali TUDM, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang serta wakil-wakil persatuan Veteran ATM Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.