Aktiviti JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah

𝗔𝗞𝗧𝗜𝗩𝗜𝗧𝗜 𝗝𝗛𝗘𝗩 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 - 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗥𝗔 𝗛𝗜𝗗𝗨𝗣, 𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗡𝗝𝗔𝗨𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗣𝗨𝗟𝗜𝗛 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗢𝗡𝗘-𝗢𝗙𝗙 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗨𝗦𝗨
Sabah, 31 Januari 2023 - JHEV Cawangan Negeri Sabah. Pengarah, Mej Noor Khairi bin Abd Rahman dan staf telah melaksanakan Lawatan Siasatan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada 6 orang veteran ATM dan 2 orang balu di sekitar daerah Kota Belud. Pengarah juga telah membuat Lawatan Tinjauan Program Baik Pulih di bawah Inisiatif Perumahan Veteran ATM kepada 2 orang veteran ATM dan seorang balu. Akhir sekali, Pengarah menyampaikan penyerahan bantuan One-Off susu kepada En. Mohamad Azli bin Ahamad. Bantuan tersebut diserahkan di atas keperluan isteri beliau yang sakit terlantar.
Turut mengiringi lawatan kali ini ialah SU PVATM Kota Belud, En. Basri bin Hj. Ngahat dan SU PVATM Tuaran, En. Ally Akbar Kamit.
#Kebajikanveterankeutamaankami