Aktiviti JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor dan W.P Kuala Lumpur

πππ§ππ©ππ§π ππππ© πππͺππ‘πππ‘ π¦ππππ‘ππ’π₯ πππ‘ πͺππππ¬ππ π£ππ₯π¦πππ¨π§π¨ππ‘ ππ¨πππ ππ¨π π£π¨π₯ β π£π₯π’ππ₯ππ πππͺππ§ππ‘ ππππ‘π π©ππ§ππ₯ππ‘ ππ§π πππ₯π¦ππ π π§ππ πππππ‘ π ππ‘π§ππ₯π π£ππ₯π§ππππ‘ππ‘
Kajang, 2 Februari 2023 - JHEV Cawangan Selangor dan Wilayah Persekutuan kuala Lumpur. Pengarah, Kdr Azman bin Yusoff TLDM telah melaksanakan Lawatan Cakna Veteran ATM bersama YB Adly bin Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan ke rumah veteran ATM iaitu Kpl Safarudein Suhaimi (Bersara) di Taman Semarak, Sungai Chua, Kajang Selangor.
Lt Kol Azwadi bin Jamian (Bersara), Ketua Operasi Yayasan Veteran ATM, Haji Mohd Din bin Hosnin, YDP PVATM Negeri Selangor, Datoβ Hashim bin Hj Ibrahim, Timbalan YDP PVATM Wilayah Persekutuan, Ahmad Daman Huri bin Arshad, YDP Persatuan Kebajikan Briged Bekas Gurkha Malaya 4 RAMD (PKBXGM) dan wakil-wakil persatuan veteran ATM dari sekitar Selangor dan Wilayah Persekutuan turut menyertai lawatan tersebut.
Dalam lawatan tersebut, YB Adly bin Zahari telah menyampaikan beberapa sumbangan berupa barangan keperluan harian, sumbangan Yayasan Veteran ATM serta sumbangan peribadi beliau.
Veteran merupakan Veteran ATM Kor Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). Beliau pernah mengikuti Operasi Gubir pada tahun 1985 dan telah kehilangan kaki kanannya akibat terpijak jerangkap samar pihak musuh. Beliau kini menghidapi barah usus tahap 2 dan sedang menjalani rawatan susulan.
#Kebajikanveterankeutamaankami
Β