Elaun Tamat Perkhidmatan Mobilisasi (ETPM)

Elaun Tamat Perkhidmatan Mobilisasi (ETPM) adalah bayaran sekaligus kepada anggota Angkatan Sukarela yang telah menamatkan kerahan sepenuh masa dalam perkhidmatan.


Adakah anda layak?

Anggota berikut layak menerima Elaun Tamat Perkhidmatan Mobilisasi (ETPM):

  • Pegawai sukarela yang dikerah sepenuh masa.
  • Anggota Lain-lain Pangkat Sukarela yang dikerah sepenuh masa.

Anda tidak layak menerima ganjaran jika anda salah satu dari senarai di bawah:

  • Dihukum penjara.
  • Menyembunyikan fakta.

Tentang Elaun Tamat Perkhidmatan Mobilisasi

Pegawai dan askar laskar sukarela yang dikerah sepenuh masa layak dibayar ganjaran ETPM sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

Kiraan Ganjaran Perkhidmatan

  • Berikut adalah fomula pengiraan ETPM:
    15% x Jumlah bulan genap perkhidmatan diakui x Gaji Akhir pangkat sebenar = Elaun Tamat Perkhidmatan Mobilisasi

Bilakah ETPM dibayar?

ETPM dibayar sekaligus semasa menamatkan perkhidmatan kepada anggota yang menerima layak.

Cara pembayaran

ETPM akan dikreditkan terus ke akaun bank pesara atau akaun orang tanggungan bagi anggota yang meninggal semasa berkhidmat.


Bagaimana untuk memohon?

Lihat Tanggungjawab Dokumentasi Persaraan Anggota.


Dapatkan bantuan!

Perhatian! Urusan permohonan pencen dan ganjaran adalah di bawah pentadbiran Jabatan Arah Rekod dan Pencen, Markas Angkatan Tentera. Anda boleh berhubung terus dengan Jabatan Arah Rekod dan Pencen di alamat yang berikut:

Alamat:
Jabatan Arah Rekod dan Pencen
Markas Angkatan Tentera Malaysia
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
No telefon:
03-2071 5731