Bayaran Balik Ubat-ubatan

Tuntutan bayaran balik perbelanjaan bagi pembelian ubat di farmasi swasta.


Adakah anda layak?

Bekas Anggota ATM

  • Angkatan Tentera Malaysia (ATM berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun)
  • Pasukan Simpanan ATM yang dikerah sepenuh masa (berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun)

Bekas Anggota Bukan ATM

  • Pasukan Force 136
  • Tentera British yang berkhidmat di Malaya /Singapura dan;
  • Sarawak Rangers

Orang Tanggungan (Bekas Anggota ATM)

  • Isteri/Suami yang dikahwini secara sah dan berdaftar semasa dalam perkhidmatan dan namanya tercatat di dalam Buku Pengakuan Perkhidmatan dan Kad Veteran (KV).
  • Isteri/suami yang dikahwini selepas persaraan hanya layak menerima kemudahan perubatan selagi Veteran ATM masih hidup atau sekiranya Veteran ATM tersebut telah meninggal dunia, tempoh kelayakan dikira 20 tahun daripada tarikh persaraan Veteran ATM tersebut.
  • Anak-anak yang dikira tanggungan ialah anak Veteran ATM sendiri dan termasuklah anak angkat, anak tiri dan juga anak tidak sah taraf yang dipelihara sepenuhnya oleh Veteran ATM yang tertakluk had umur berikut:
    • Berumur di bawah 18 tahun
    • Di bawah 21 tahun jika masih belajar.
    • Tiada had umur bagi anak yang cacat/dhaif/terencat akal (anak istimewa). Sekiranya anak yang dilahirkan normal tetapi telah mengalami kecacatan/kerencatan kemudiannya (yang disebabkan oleh demam, kemalangan dan sebagainya) sebelum mencapai umur 18 tahun, Veteran ATM perlu mendapatkan dokumen sokongan iaitu Pendaftaran atau pengesahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pengesahan doktor kerajaan bahawa kecacatan/kerencatan adalah kekal.

Orang Tanggungan (Bekas Anggota Bukan ATM)

  • Isteri/Suami

Siapa Yang Tidak Layak

  • Pegawai dan anggota yang diberhentikan atas sebab disiplin/tatatertib, contoh:
    • Bekas Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diberhentikan di bawah Peraturan 49(l) – ‘Penangguhan Perkhidmatan Tidak Diperlukan’ di bawah Army and Air Force (Terms of Service) Regulation, 1961.
    • Bekas Pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dibersarakan di bawah Peraturan 20(2)(f), (g) dan (h) kepada PPAT 1982 serta Seksyen 9 (Pembatalan Tauliah) kepada Akta Angkatan Tentera 1972.
  • Bekas Anggota Pasukan Simpanan ATM yang tidak dikerah sepenuh masa.

Tentang Faedah

Perbelanjaan bagi pembelian ubat boleh dipertimbangkan sekiranya:

  • Ubat itu diperakukan (prescribe) oleh Pegawai Perubatan Kerajaan, terdapat dalam senarai ubat-ubat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)/ hospital universiti berkenaan tetapi disahkan tidak dapat dibekalkan oleh hospital Kerajaan.
  • Perbelanjaan bagi pembelian ubat yang tiada dalam senarai ubat-ubat tersebut dapat dipertimbangkan sekiranya tiada altenatif bagi ubat berkenaan dan diluluskan oleh Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM (bagi rawatan di hospital KKM) atau Pengarah Hospital Universiti (bagi rawatan hospital Universiti).
  • Keperluan penggunaan ubat bagi suatu tempoh yang berpanjangan dibenarkan tetapi tertakluk kepada had perbelanjaan bagi pembekalan ubat untuk keperluan tempoh tiga bulan sahaja bagi setiap permohonan.
  • Tidak termasuk makanan tambahan (food supplements) dan ubat alternatif (alternative medicine).
  • Veteran ATM perlu mengemukakan Resit rasmi yang jelas butir tuntutan dan amaunnya bagi tujuan bayaran balik.

Bagaimana untuk memohon?

    [maklumat sedang dikemaskini]

Dapatkan bantuan!

Kakitangan JHEV kami di Ibu Pejabat dan Cawangan Negeri boleh membantu anda atau hubungi kami di talian 03-2050 8000


Soalan Lazim

[maklumat sedang dikemaskini]


Maklumat tambahan

[maklumat sedang dikemaskini]