Faedah Gantian Cuti Rehat (FGCR)

FGCR dibayar kepada pegawai dan anggota LLP yang tamat tempoh perkhidmatan; atau kepada orang tanggungan jika anggota meninggal dunia dalam perkhidmatan.


Adakah anda layak?

Anggota berikut layak menerima Faedah Gantian Cuti Rehat (FGCR):

  • Pegawai Tauliah Tetap yang telah mencapai umur persaraan pilihan atau umur persaraan paksa atau mempunyai perkhidmatan yang diakui 20 tahun dan ke atas (tertakluk kepada kelulusan MAT)
  • Pegawai Tauliah Jangka Pendek jika bersara pada umur persaraan paksa Pegawai Tauliah Tetap.
  • Anggota Lain-lain Pangkat yang mempunyai perkhidmatan yang diakui sekurang-kurangnya 21 tahun.
  • Pegawai Tauliah Tetap, Pegawai Tauliah Jangka Pendek atau AnggotaLain-lain Pangkat yang berhenti atas alasan perubatan yang disahkan oleh Lembaga Perubatan sebagai “Unfit”.
  • Pegawai Tauliah Tetap yang bersara dan mempunyai perkhidmatan yang diakui kurang daripada 20 tahun (tertakluk kepada kelulusan MAT)
  • Pegawai Tauliah Jangka Pendek yang menamatkan perkhidmatan mengikut tarikh Tamat Tempoh Perkhidmatan.
  • Anggota Lain-lain Pangkat yang mempunyai perkhidmatan kurang daripada 21 tahun dan berkhidmat sekurang-kurangnya 8 tahun.
  • Orang tanggungan jika anggota meninggal dunia dalam perkhidmatan.

Anda tidak layak menerima FGCR jika anda salah satu dari senarai di bawah:

  • Dihukum penjara.
  • Menyembunyikan fakta.

Tentang Faedah Gantian Cuti Rehat (FGCR)

Faedah Gantian Cuti Rehat (FGCR) adalah bayaran faedah dalam bentuk uang. FGCR dibayar sekaligus bagi menggantikan baki cuti rehat tahunan terkumpul yang tidak dapat dihabiskan dalam tahun semasa demi kepentingan perkhidmatan (maksimum 150 hari sahaja).

FGCR dbayar kepada pegawai dan anggota yang telah cukup tempoh perkhidmatan pada tarikh TTP masing-masing atau pegawai/anggota yang meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan ATM (dibayar kepada orang tanggungan).

Kiraan Faedah Gantian Cuti Rehat (FGCR)

  • Berikut adalah fomula pengiraan FGCR:
    1/30 x Jumlah hari yang layak x Gaji akhir pangkat sebenar + imbuhan tetap* = Faedah Gantian Cuti Rehat (FGCR)

    * Meliputi Elaun Tetap Khidmat/Keraian dan Elaun Tetap Perumahan. Bagi Mej Jen dan ke atas termasuk Elaun JUSA.

Bilakah FGCR dibayar?

FGCR dibayar sekaligus semasa menamatkan perkhidmatan kepada anggota yang menerima layak.

Cara pembayaran

FGCR akan dikreditkan terus ke akaun bank pesara atau akaun orang tanggungan bagi anggota yang meninggal semasa berkhidmat.


Bagaimana untuk memohon?

Lihat Tanggungjawab Dokumentasi Persaraan Anggota.

Proses bagi orang tanggungan (Anggota meninggal dunia dalam perkhidmatan):

  • [Maklumat sedang dikemaskini]

Dapatkan bantuan!

Perhatian! Urusan permohonan pencen dan ganjaran adalah di bawah pentadbiran Jabatan Arah Rekod dan Pencen, Markas Angkatan Tentera. Anda boleh berhubung terus dengan Jabatan Arah Rekod dan Pencen di alamat yang berikut:

Alamat:
Jabatan Arah Rekod dan Pencen
Markas Angkatan Tentera Malaysia
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
No telefon:
03-2071 5731

Soalan Lazim


Maklumat tambahan

Dokumen berkaitan

Buku Faedah Persaraan Anggota ATM (Angkatan Tetap)