๐๐๐ป๐ท๐๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐ผ๐ฟ๐บ๐ฎ๐ ๐ฃ๐ฉ๐๐ง๐ ๐ก๐ฒ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐ช๐ถ๐น๐ฎ๐๐ฎ๐ต ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฒ๐ธ๐๐๐๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ ๐ฎ๐๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐๐๐ฎ ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐๐๐๐ฉ ๐๐ง๐
๐๐๐ฎ๐น๐ฎ ๐๐๐บ๐ฝ๐๐ฟ, ๐ญ๐ฑ ๐ข๐ธ๐๐ผ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ โ Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Wilayah Persekutuan telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, Mejar Jeneral Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki, di Ibu pejabat JHEV ATM hari ini. Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan beberapa isu-isu semasa berkaitan kebajikan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), serta memperkukuhkan kerjasama antara PVATM Wilayah Persekutuan dan JHEV ATM dalam menjaga kesejahteraan veteran.
Dalam kunjungan tersebut, beberapa isu utama telah diketengahkan oleh wakil PVATM Wilayah Persekutuan, antaranya berkaitan Pingat Jasa Malaysia (PJM), keperluan dalam mempercepatkan proses pemberian pingat tersebut kepada veteran yang layak tetapi masih belum menerima pengiktirafan, bantuan keperluan harian seperti pampers one-off, Kempen Tabung Pahlawan, kuota menunaikan ibadah haji bagi Veteran ATM, perkembangan semasa isu pelarasan pencen, serta isu panel pengiktirafan untuk veteran dengan cadangan agar lebih banyak veteran yang layak diiktiraf atas sumbangan dan pengorbanan mereka.
Hadir sama bagi kunjungan hormat ini adalah Brig Jen (B) Datoโ Pahlawan Shamsudin bin Abbas, Yang DiPertua Persatuan Veteran ATM Cawangan Wilayah Persekutuan serta wakil-wakil PVATM Cawangan Wilayah Persekutuan.