• Laman Utama
  • Tentang Jabatan
  • Info
  • Berita
  • 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗗𝗜𝗔𝗟𝗢𝗚 𝗞𝗣 𝗝𝗛𝗘𝗩 𝗔𝗧𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗩𝗘𝗧𝗘𝗥𝗔𝗡 : 𝗣𝗟𝗔𝗧𝗙𝗢𝗥𝗠 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗠𝗘𝗡𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥 𝗦𝗨𝗔𝗥𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗛𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗨𝗝𝗨 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗩𝗘𝗧𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗔𝗧𝗠

Berita

𝗦𝗘𝗦𝗜 𝗗𝗜𝗔𝗟𝗢𝗚 𝗞𝗣 𝗝𝗛𝗘𝗩 𝗔𝗧𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗩𝗘𝗧𝗘𝗥𝗔𝗡 : 𝗣𝗟𝗔𝗧𝗙𝗢𝗥𝗠 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗠𝗘𝗡𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥 𝗦𝗨𝗔𝗥𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗛𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗨𝗝𝗨 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗩𝗘𝗧𝗘𝗥𝗔𝗡 𝗔𝗧𝗠

𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗕𝗛𝗔𝗥𝗨, 𝟯 𝗡𝗢𝗩𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟰 - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki telah mengadakan sesi dialog bersama Veteran ATM di Kota Bharu hari ini. Sesi ini bertujuan untuk mendengar keluhan serta cadangan daripada Veteran ATM, disamping berusaha mencari ruang penyelesaian bagi meningkatkan kesejahteraan masa depan mereka.
Dalam majlis yang dihadiri hampir 100 orang Veteran ATM ini, Ketua Pengarah JHEV ATM menyatakan komitmen JHEV ATM dalam memastikan kebajikan veteran terjaga dan mereka mendapat perhatian yang sewajarnya. Beliau menggalakkan veteran untuk berkongsi pengalaman serta isu yang dihadapi agar pihak kementerian amnya dapat mengambil tindakan yang berkesan.
"Dialog seperti ini adalah platform penting untuk kita mendengar suara Veteran ATM. Kami ingin memastikan setiap veteran merasa dihargai dan mendapat layanan yang baik serta adil," ujar beliau ketika ditemui semasa menyantuni Veteran ATM sejurus selepas majlis selesai.
Sesi dialog tersebut diakhiri dengan maklum balas daripada Ketua Pengarah JHEV ATM yang mengambil iltizam akan terus berusaha untuk meneliti semua isu yang dikemukakan dan mencari penyelesaian yang sesuai. Di antara Veteran ATM yang hadir ditemui, menzahirkan rasa berpuas hati dengan pendekatan yang diambil oleh JHEV ATM dalam usaha memastikan kebajikan mereka diberi perhatian sewajarnya.
Bukan itu sahaja, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) turut mengadakan lawatan kerja rasmi ke pejabat JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan/Terengganu.
Lawatan ini antara lain bertujuan untuk memastikan hal ehwal kebajikan veteran ATM terus diberi perhatian yang serius di samping urus tadbir jabatan yang mampan kekal di perkukuhkan dalam usaha bagi memastikan sistem penyampaian dasar dasar Kerajaan berada pada tahap yang optimum.
Dalam masa yang sama Ketua Pengarah hendak mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh kakitangan JHEV ATM di peringkat negeri, seperti kekangan sumber, isu logistik, atau masalah pentadbiran yang memerlukan perhatian segera.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Lt. Kol. (B) Azwadi bin Jamian, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Mejar Wan Abdullah bin Wan Abdul Samad TUDM, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan/Terengganu, Mejar Muhammad Syaffik bin Yahaya, Pegawai Atur Turus 2 JHEV ATM dan persatuan-persatuan Veteran ATM setempat.