𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐌𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐕𝐄𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐄𝐍𝐂𝐄𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 (𝐏𝐊𝐕𝐓𝐓𝐁)
𝐌𝐀𝐑𝐀𝐍, 𝟏𝟕 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟒 – Pertubuhan Kumpulan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PKVTTB) Negeri Pahang telah dengan jayanya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya di Dewan Arena Y.A.M. Tengku Muda Pahang, Maran. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Mantan Perdana Menteri dan juga Mantan Menteri Kanan Pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.
Dalam ucapan perasmiannya, Dato' Sri Ismail Sabri menyeru agar semua veteran yang belum mendaftar segera berbuat demikian dengan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM untuk memudahkan penyampaian maklumat dan bantuan yang di sediakan oleh kerajaan. Beliau juga menekankan pentingnya penyatuan dalam kalangan ahli pertubuhan bagi memperkukuh kebajikan golongan veteran tidak berpencen.
Mesyuarat ini dihadiri oleh seramai 96 ahli. Di antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah pelbagai agenda penting, termasuk laporan tahunan dan perancangan aktiviti-aktiviti untuk tahun 2025. Sebagai tanda sokongan kepada usaha pertubuhan, Dato' Sri Ismail Sabri turut menyumbangkan dana sebanyak RM10,000 kepada persatuan.
Acara turut dimeriahkan dengan sesi cabutan bertuah yang menawarkan 30 hadiah menarik untuk para ahli yang hadir. Mesyuarat ini diakhiri dengan sesi soal jawab antara ahli dan kepimpinan, yang memberikan peluang kepada semua untuk menyuarakan pandangan serta cadangan.
Pertubuhan Kumpulan Veteran Tidak Berpencen Negeri Pahang terus komited untuk menjaga kebajikan anggotanya, selaras dengan usaha memperkukuh kesejahteraan golongan veteran di negeri ini.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki yang telah menerima jemputan tersebut secara langsung semasa sesi kunjungan hormat oleh Encik Mohd Sani bin Ishak, Yang Dipertua Pertubuhan Kumpulan Veteran Tentera Tidak Berpencen Negeri Pahang dan beberapa ahli jawatankuasa pertubuhan yang dinyatakan pada 11 November 2024 di Ibu Pejabat JHEV ATM terdahulu. Selain itu, Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Mejar Khairul Ashinar bin Azid@Aziz TUDM, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang.