• Laman Utama
  • Tentang Jabatan
  • Info
  • Berita
  • ๐™๐ˆ๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐‰๐‡๐„๐• ๐€๐“๐Œ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐€๐“๐Œ ๐ƒ๐ˆ ๐’๐€๐๐€๐‡

Berita

๐™๐ˆ๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐‰๐‡๐„๐• ๐€๐“๐Œ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐€๐“๐Œ ๐ƒ๐ˆ ๐’๐€๐๐€๐‡

๐—ž๐—ข๐—ง๐—” ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐——, ๐Ÿญ๐Ÿต ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia, YBhg. Mej. Jen. Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki, telah mengadakan lawatan ke sekitar daerah Kota Belud, Sabah, hari ini. Lawatan tersebut bertujuan memastikan kebajikan veteran yang memerlukan bantuan terus diberikan perhatian sewajarnya selain dalam usaha berterusan mendekati veteran ATM di seluruh negara.
Seramai 7 orang Veteran ATM telah diziarahi dalam kunjungan pada kali ini. Kebanyakan mereka mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti sakit kronik, strok dan ada juga yang menguruskan anak Orang Kurang Upaya (OKU). Sebagai tanda sokongan dan bantuan, Ketua Pengarah JHEV ATM telah menyerahkan sumbangan yang merangkumi bakul makanan asas serta bantuan lain yang disesuaikan dengan keperluan individu hasil daripada permohonan mereka kepada JHEV ATM.
Seorang veteran ATM yang ditemui semasa kunjungan tersebut, Encik Kamal@Gilbert bin Abdullah@Siang, berkongsi luahan rasa bersyukur dan terharu atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh JHEV ATM. โ€œSumbangan ini amat bermakna kepada saya dan keluarga. Kehadiran Ketua Pengarah sendiri memberi semangat kepada kami untuk terus tabah menghadapi cabaran hidup,โ€ katanya.
Turut hadir semasa lawatan tersebut ialah Lt Kol Azwadi bin Jamian (Bersara), Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Mej Mohammad Syaffik bin Yahaya, PS2 Atur Turus JHEV ATM, Kapten Muhammad Khaidir bin Ramlee TUDM, Pemangku Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Sabah dan ahli-ahli PVATM Cawangan Kota Belud.