-
Memberi taklimat persediaan persaraan, peranan dan tanggungjawab serta kemudahan yang terdapat di JHEV ATM kepada bakal pesara ATM di seluruh Markas Formasi ATM.
-
Melaksanakan Profiling kepada Bakal Pesara.
-
Mengadakan latihan yang jarang ada di pasaran atau peluang baru bagi Veteran seperti kursus Penyelam Profesional, menternak gamat, kursus Kimpalan makanan laut dan sebagainya.
-
Mendaftar Veteran ATM dan bakal majikan untuk tujuan penjodohan pekerjaan.
-
Melaksanakan Program Bersama Majikan bersama JHEV Negeri.
-
Mengadakan perjumpaan bersama Veteran ATM untuk memberi informasi tentang JHEV dan menghebahkan maklumat keperluan Veteran ATM secara lebih dekat melalui sesi dialog serta kaunter bergerak.