Tentang Jabatan

Bahagian Kerjaya Dan Sosioekonomi


Unit Kerjaya

  • Memberi taklimat persediaan persaraan, peranan dan tanggungjawab serta kemudahan yang terdapat di JHEV ATM kepada bakal pesara ATM di seluruh Markas Formasi ATM.
  • Melaksanakan Profiling kepada Bakal Pesara.
  • Mengadakan latihan yang jarang ada di pasaran atau peluang baru bagi Veteran seperti kursus Penyelam Profesional, menternak gamat, kursus Kimpalan makanan laut dan sebagainya.
  • Mendaftar Veteran ATM dan bakal majikan untuk tujuan penjodohan pekerjaan.
  • Melaksanakan Program Bersama Majikan bersama JHEV Negeri.
  • Mengadakan perjumpaan bersama Veteran ATM untuk memberi informasi tentang JHEV dan menghebahkan maklumat keperluan Veteran ATM secara lebih dekat melalui sesi dialog serta kaunter bergerak.

Unit Sosioekonomi

  • Melaksanakan aktiviti dan program ke arah membantu Veteran ATM di dalam keusahawanan.
  • Mengadakan kursus-kursus keusahawanan, pertanian mahupun perniagaan secara amnya di samping menyertai ekso-ekspo anjuran agensi Kerajaan.
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti dengan berkesan untuk menaiktaraf sosioekonomi Veteran ATM dan juga balu Veteran ATM.
  • Menyertai ekspo pertanian sekurang-kurangnya tiga kali dalam setahun selain dari Pertanian Hortikultur Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) yang diadakan setiap dua tahun sekali bertujuan untuk membawa usahawan Veteran ATM mempromosikan hasil keluaran mereka.
  • Memberi pengiktirafan kepada Veteran ATM yang berjaya mengikup kesanggupan masing-masing. Mengadakan kursus ePerolehan dan Program Pemantauan Usahawan.