๐ฉ๐๐ง๐๐ฅ๐๐ก ๐ง๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐๐ง๐ ๐๐๐ฆ๐๐ฅ๐๐ก ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ก๐, ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐ก๐๐๐๐๐๐ก
๐ฆ๐จ๐ก๐๐๐ ๐ฃ๐๐ง๐๐ก๐, ๐ฎ๐ณ ๐ข๐๐ง๐ข๐๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ - Kementerian Pertahanan menyambut baik peruntukan Belanjawan 2025 oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri berhubung kesejahteraan sosioekonomi Veteran ATM seperti pelarasan pencen Veteran ATM secara berfasa, Program Protege-Veteran ATM, kenaikan kadar Bantuan Sara Hidup (BSH) dan lanjutan tempoh bayaran Penghargaan Khas Veteran ATM.
Mendepani cabaran tahun 2025, Kementerian Pertahanan bersama Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) akan terus proaktif dan responsif dalam mentransformasi ekosistem yang berkesan demi kepentingan kumpulan sasar.
Dalam sektor keusahawanan, Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET ATM) akan dilebarluaskan manfaatnya sebagai Pemudahcara dan Penghubung untuk mengenalpasti dan menyalurkan insentif keusahawanan yang merangkumi khidmat kepakaran, fasiliti, geran dan latihan yang diperlukan oleh Usahawan Veteran ATM untuk memajukan perniagaan mereka.
Pada majlis PUVET ATM hari ini, YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan menyeru Veteran ATM untuk lebih cakna, progresif dan inovatif untuk lebih berjaya dalam dunia perniagaan yang amat kompetitif. Veteran turut disaran memanfaatkan segala insentif
keusahawanan yang disediakan Kerajaan seperti dana zakat dan pembiayaan mikro yang disediakan menerusi i-TEKAD hasil kerjasama PERHEBAT dengan Affin Islamic Bank, Bank Muamalat Malaysia dan Bank Simpanan Nasional.
Turut hadir mengiringi beliau dalam program tersebut ialah Ketua Pengarah JHEV ATM Mej Jen Datoโ Haji Semaon bin Haji Marjuki.
Beliau turut menyampaikan geran Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) bernilai RM140,000.00 kepada 28 Usahawan Veteran ATM di sekitar negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang yang terlibat dalam perniagaan seperti perkhidmatan, elektrikal, pembuatan, makanan dan peruncitan. Sehingga kini, 161 usahawan veteran ATM telah menerima geran SPKLB dengan nilai keseluruhan berjumlah RM805,000.00.
Inisiatif ini mendapat sokongan penuh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Kementerian Ekonomi. Kolaborasi ini amat penting agar manfaatnya dapat dinikmati dengan lebih bersasar oleh kelompok veteran.
Menerusi PUVET ATM, veteran turut menikmati manfaat seperti pemadanan perniagaan atau business matching, akses terus kepada insentif keusahawanan seperti fasiliti, latihan dan konsultansi dalam aspek pembungkusan, penjenamaan dan pemasaran.