• Laman Utama
  • Tentang Jabatan
  • Info
  • Berita
  • π•πžπ­πžπ«πšπ§ 𝐊𝐞𝐀𝐚π₯ πƒπ’π«πšπ’π€πšπ§β€¦

Berita

π•πžπ­πžπ«πšπ§ 𝐊𝐞𝐀𝐚π₯ πƒπ’π«πšπ’π€πšπ§β€¦

Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan berpeluang untuk menziarahi seorang veteran Tentera Darat Malaysia (TDM), Koperal Abdul Rahman bin Mohd Yassin (Bersara) di Papar, Kota Kinabalu, Sabah hari ini.
PTD mengambil kesempatan untuk menyantuni dan menyampaikan sedikit sumbangan berupa barangan keperluan harian dan wang tunai kepada veteran daripada Rejimen Semboyan Diraja (RSD) ini ketika mengadakan Lawatan Kerja di Kota Kinabalu, Sabah. Walaupun telah bersara sejak 17 Februari 1988 yang lalu, Koperal Abdul Rahman bin Mohd Yassin (Bersara) berasa amat terharu menerima kedatangan pucuk pimpinan tertinggi TDM yang sudi menjejakkan kaki ke terataknya.
TDM sentiasa cakna mengenai hal ehwal para veteran walaupun telah meninggalkan perkhidmatan sejak sekian lama.