๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐ข๐ฅ๐๐๐ก๐๐ก ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ ๐๐ ๐ฐ๐ฑ๐ฑ ๐ฉ๐๐ง๐๐ฅ๐๐ก ๐๐ก๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ง๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ (๐๐ง๐ ) ๐๐๐๐๐ง๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐๐ก๐๐ฅ๐จ๐ฆ๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ก๐จ๐๐๐ฅ๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ (๐ฃ๐๐ ) ๐ข๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐ ๐ ๐๐ก๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ง๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐
๐๐ข๐ง๐ ๐๐๐๐ฅ๐จ, ๐ญ ๐ก๐ข๐ฉ๐๐ ๐๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ - Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Datoโ Seri Mohammad bin Ab. Rahman telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 455 orang Veteran ATM, balu serta wakil waris di Kota Bharu, Kelantan dekat sini hari ini.
Majlis penganugerahan PJM telah dikoordinasikan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM yang telah bermula pada 3 Mac 2004. Penganugerahan pingat ini merupakan pengiktirafan kepada anggota tentera di atas sifat keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan kesetiaan mereka semasa berhadapan dengan ancaman pengganas komunis suatu ketika dahulu.
Kejayaan bekas anggota tentera membanteras ancaman komunis selain memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut, telah melayakkan mereka dianugerahkan dengan PJM. Diantaranya adalah;
a. Telah berkhidmat atau terlibat dalam operasi secara berterusan selama 3 bulan dan ke atas atau telah bertugas secara langsung tidak kurang dari 6 bulan di mana-mana pasukan atau formasi ATM bagi tempoh dari 1 Januari 1969 hingga 2 Disember 1989 bagi operasi menentang Parti Komunis Malaya (PKM) atau,
b. Telah berkhidmat atau terlibat dalam operasi secara berterusan selama 3 bulan dan ke atas atau telah bertugas secara tidak langsung tidak kurang dari 6 bulan di mana-mana pasukan atau formasi ATM bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990 bagi operasi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) atau,
c. Telah terbunuh, cedera atau menjadi kurang upaya disebabkan oleh tugas menentang pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 2 Disember 1989 atau pengganas Parti Komunis Kalimantan (PKKU) bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990.
Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Datoโ Seri Mohammad bin Ab. Rahman menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima PJM pada hari ini. Kementerian Pertahanan sentiasa prihatin dengan nasib dan hal ehwal Veteran ATM. Malah, aspek kesejahteraan Veteran ATM telah menjadi salah satu teras utama dalam pelan strategik kementerian ini.
Sehubungan itu, JHEV ATM yang diketuai oleh Yang Berbahagia Mejar Jeneral Datoโ Haji Semaon bin Haji Marjuki akan meneruskan skim-skim bantuan kebajikan, perubatan, pendidikan untuk anak-anak Veteran ATM dan perumahan sedia ada serta terus menambahbaik perkhidmatan dalam agenda memperkasakan kebajikan Veteran ATM dan akan meneruskan usaha untuk mencari pendekatan terbaik dalam meningkatkan taraf kehidupan Veteran ATM khususnya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kos sara hidup yang meningkat.
Penganugerahan ini merupakan kurniaan atas sikap keperwiraan dan pengorbanan anggota tentera dalam melaksanakan kewajipan kepada negara. Sesuai dengan tarafnya sebagai "campaign medal" yang berlandaskan pengorbanan dan perjuangan yang tidak berbelah bahagi semasa darurat dahulu, PJM telah dimartabatkan sebagai pingat yang lebih kanan dalam susunannya berbanding dengan anugerah-anugerah yang sama kelas dengannya seperti Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-bangsa Bersatu (PNBB) dan Pingat Perkhidmatan Setia (PPS).
Pengurniaan PJM ini adalah refleksi terhadap suatu pengorbanan yang amat besar, yang diiktiraf oleh rakyat dan negara dalam menggalas tanggungjawab menjaga kedaulatan dan keselamatan negara dengan penuh taat setia. Masyarakat haruslah menghargai jasa dan pengorbanan para pahlawan negara sehingga negaraini dapat mengecapi keamanan yang dinikmati pada hari ini. Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu JHEV ATM kerana telah berjaya menganjurkan Majlis Penganugerahan PJM pada hari ini.
Turut hadir dalam Majlis Penganugerahan ini ialah, Leftenan Jeneral Datoโ Seri Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Laksamana Muda Datoโ Baharudin bin Wan Md Nor, Panglima Wilayah Laut 1, Mejar Jeneral Datuk Haji Mohd Nizam bin Hj Jaffar, Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Mejar Jeneral Datoโ Haji Semaon bin Haji Marjuki, Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Datoโ Haji Fazal bin Haji Abdul Rahman, Panglima 2 Divisyen, Brigadier Jeneral Datoโ Muzamil bin Haji Ali, Panglima 8 Briged, serta wakil-wakil Persatuan Veteran ATM Negeri Kelantan.