๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐ก๐ ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐ฉ ๐๐ง๐ : ๐ ๐๐ก๐ฌ๐๐ ๐๐ฅ๐๐๐๐๐ก ๐ฆ๐๐ ๐๐ก๐๐๐ง ๐๐๐๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ก
๐๐ข๐ง๐ ๐๐๐๐ฅ๐จ, ๐ฎ ๐ก๐ข๐ฉ๐๐ ๐๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, Mejar Jeneral Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki telah melaksanakan Program Cakna di sekitar daerah Kota Bharu, dekat sini hari ini.
Kunjungan ini adalah sebahagian daripada inisiatif JHEV ATM bertujuan untuk mendekati para veteran yang mengalami masalah dalam urusan kegiatan harian meliputi aspek kesihatan dan yang memerlukan sokongan, selaras dengan komitmen jabatan dalam menjaga kebajikan para pejuang negara.
Dalam lawatan tersebut juga, Ketua Pengarah JHEV ATM meluangkan masa untuk menyantuni seramai 9 orang Veteran ATM yang terlantar dan berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan.
YBhg. Datoโ Haji Semaon turut melakukan penyerahan lampin pakai buang, peralatan pesakit iaitu kerusi roda serta sumbangan berupa keperluan harian seperti makanan dan barangan asas serta semasa lawatan tersebut di samping turut mengambil kesempatan mendengar sendiri keluhan dan keperluan mereka.
Ketua Pengarah JHEV ATM berharap, Program Cakna Veteran ATM akan menjadi medan yang berkesan untuk interaksi secara dua hala antara jabatan dan veteran ATM dalam usaha membantu kehidupan mereka.
โDengan adanya sokongan ini, diharapkan Veteran ATM yang mengalami masalah kesihatan akan merasakan keprihatinan masyarakat dan dapat menjalani kehidupan yang lebih bermaknaโ, beliau berkata demikian apabila ditemui selepas melakukan kunjungan cakna tersebut.
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Lt Kol (B) Azwadi bin Jamian, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Mejar Wan Abdullah bin Wan Abdul Samad TUDM, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan/Terengganu, Mejar Muhammad Syaffik bin Yahaya, Pegawai Atur Turus 2 JHEV ATM dan persatuan-persatuan Veteran ATM setempat.