๐๐จ๐ก๐๐จ๐ก๐๐๐ก ๐๐ข๐ฅ๐ ๐๐ง ๐๐๐ง๐จ๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐ฉ ๐๐ง๐ ๐๐ ๐๐ง๐๐ฆ ๐ง๐ฌ๐ง ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ ๐๐๐๐๐
๐ ๐๐๐๐๐, ๐ญ๐ฐ ๐ก๐ข๐ฉ๐๐ ๐๐๐ฅ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM), Mej Jen Datoโ Haji Semaon bin Haji Marjuki, hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Dalam pertemuan tersebut, Ketua Pengarah JHEV ATM mengemukakan info-info berkenaan inisiatif jabatan kepada Veteran ATM. Antaranya :
1. Bantuan Sara Hidup (BSH) โ Menyokong keperluan asas Veteran ATM dan keluarga mereka.
2. Inisiatif Perumahan โ Bantuan untuk baik pulih dan pembinaan baharu rumah bagi Veteran ATM.
3. Bantuan Persekolahan dan IPT โ Membantu keluarga Veteran ATM dengan perbelanjaan pendidikan.
4. Bantuan Bencana Alam โ Memberikan sokongan segera kepada Veteran ATM yang terjejas akibat bencana.
5. Bantuan Peralatan Pesakit โ Membekalkan alat perubatan kepada Veteran ATM yang memerlukan.
6. Bantuan Mengurus Jenazah โ Menyediakan bantuan kewangan bagi urusan pengkebumian Veteran ATM.
Turut hadir Datuk Seri Hj. Mohamad Fazil bin Hj. Shafie, Yang di-Pertua Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Melaka, Lt Kolonel Azwadi bin Jamian (Bersara), Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Lt Kolonel Salim bin Ibrahim, Pemangku Pengarah Bahagian Pencen JHEV ATM, Mejar Mohammad Syaffik bin Yahaya, Pegawai Staf 2 Atur Turus JHEV ATM dan Mejar Muhammad Zarifi bin Tumin, Pengarah JHEV ATM Cawangan Melaka/Negeri Sembilan.